Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.
Tertulis disitu "Catrina...kesepian dan perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutussurat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Tertulis disitu "Catrina...kesepian dan perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Sehingga suatu hari, si jejaka di ipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Sijejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.
Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih saying padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergilah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan.
Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihatsekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah...
Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya.
Si gadis itu tersenyum dan terus bersuara.."Kamu sememang seorang jejaka yang baik. Kamu sanggup menerima ku yang tak sempurna ni menjadi temanmu. Tapi malangnya bukan aku gadis yang kamu cari sebenarnya ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina...Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...
"NaFsU mEniLai WaNitA kErNa KeCaNtIkAn PaRaS RuPaNyE...
AkaL MeNiLai WaNitA KerNa keCeRdiKaN & kEpaNdaIaNnYe..
hAtI MeNiLaI WaNitA kErNa iMaN & aMaLnYe.."
4 comments:
nak amek kata2 kat bawha tu boley tak??
huhuhu thanks.. =)
amik jee klu cik naomei nak...sila2...
terharu la kalau dpt pak we gitu ^_^
buzz doakan kayown dapt pakwe yg camtu...amiiin..
Post a Comment