My buzzzzing space

Monday, October 4, 2010

Jawatan kosong

Buzz tempetkan jawatan kosong kat bawah nie..bagi sesaper yg dok goyng kaki kat umah tu..leh la apply yer

 

untuk maklumat lanjut, korang bleh call nombor tepon nie :06 - 798 8145 / 8325

Thursday, August 19, 2010

Kakitangan awam dan bonus

Updated : Alhamdulillah...dpt juga la bantuan khas RM500..syukur la kan...dapat la ringankan beban skit..

Bonus..bonus...bonus....bonus....bonus...bonus...bonussss....nk sebut bnyak2 kali...org kata klu kita cukupkan 40 kali sebutnya..mungkin ianya jadi kenyataan...tahun nie sekali lagi kakitangan awam termasuk buzz sndiri yang BERHARAP pasal bonus nie....tiap2 tahun hanya mampu berharap dan menghitung hari..

Bilakah sang pemerintah di istana kubah hijau ingin umumkan bonus..dari hari ke hari, nmpak gayanya makin tipis la peluang...raya dh mkin dekat..duit pun dh makin singkat...mana nya duit utk persiapn raya...mana nya duit utk anak2....mana nya duit utk blik kampung...semuanya memerlukan duit...bukak berita asyik cite psl ekonomi mkin mantap la...KDNK makin menaik la...tp insentif kepada golongan marhain nie...sepi tampa berita..bukan merintih tapi mmg agak kecewa la....

Tapi siapakah kita nie, hnya rakyat biasa..seorang kakitangan awam yang terus berharap..hanya satu serpihan dari 1.2 juta kakitangan kerajaan Malaysia tercinta ini...tp ternyatanya bukan buzz sorang jer yg berharap...tengok saja komen rakyat  satu malaysia di blog sang pemerintah kubah hijau nie...

"salam Datuk Seri,
hari raya semakin dekat, dengan rendah diri pohon agar
Dato Seri dapat memberi sedikit imbuhan kepada kami kakitangan awam yg mana pada bulan depan tiada pembayaran gaji di buat sebelum hari raya, tetapi jgn lah Dato Seri memberi imbuhan sebagai mana tahun lepas yg mana ia rm250 yg tak menjadi kesan langsung...
kesian terima kasih"

"Selamat berpuasa kami ucapkan. Di sini kami ingin memohon jasa baik dato' seri bagi mempertimbangkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM500 seperti tahun lepas (2009). Disebabkan kami yang bergaji rendah (anggota sokongan 2 & 3) tak berkemampuan untuk menyediakan persiapan hari raya pada tahun ini. Gaji pada 25.08.2010 adalah gaji terakhir bagi menyediakan persiapan hari raya memandangkan gaji seterusnya selepas hari raya iaitu 23.09.2010. Insyaallah kalau tiada aral melintang Pada tahun ini hari raya jatuh pada 10.09.2010. setelah 16 hari dari hari gaji. mungkin bagi yg bergaji tinggi tiada halangan tapi bagi pekerja bawahan seperti kami, keadaan ini menjadi tekanan kepada kami. semoga dato' seri dapat mempertimbangkan permohonan kami ini...."

"Datuk Seri... pemberian bonus kepada kami kakitangan awam amat2 di harapkan untuk memeriahkan lagi suasana hari raya kami dan keluarga."

nie sebahagian jer buzz tempetkan kt sini..bnyk lagi komen2 nyer..sumernyer bernada baik2..maklumlaa kami semua org2 bawahan yg masih berharap diberikan sedikit SIMPATI di negara sendiri...


Wednesday, July 14, 2010

Pokok Hiasan Beracun

Salam...buzz dapat nie dari blog cik nisa...info yg berguna unuk di kongsi bersama..Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Thursday, July 8, 2010

Saga BLM silver


Buat anak sedara ku...amacam..ader bran buat cam nie...baru terangkat bang......siver BLM nie....

Monday, July 5, 2010

Darah dan personaliti diri


Aloha...Dr. Buzz mau kongsikan sama kamu sumer jenis darah dan refleksi peribadi...nie adalah satu kajian di salah sebuah institusi kat Jepun..

bukan nyer cam Nabil Raja Lawak ckp tu yer..darah A..utk golongan isteri"aaaaaaa...baru balik kerja ker..."darah O untuk ketua kampung.."....Tok, tok, kita ada masalah perparitan"...tok tu ckp "ooo...oooo..."huhu..

tu sumer kajian Nabil lah...tp yang nie adalah berdasarkan sebuah kajian institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas  jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi  gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi  rahsia mengenainya?


DARAH O
 
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Break up letter from Tijah

Thursday, June 24, 2010

Kumpulan Nasyid Instinct (USIM) - Resah

Salam sumer...lagu nasyid utk tatapan korang sumer di pagi Jumaat nan permai ini...buzz suka dengar lagu nie..Sebuah kumpulan dari IPTA tempatan..universiti sains islam malaysia...harap korang pun enjoyyysszz...

Sunday, May 16, 2010

Kuku Panjang dan Kebenarannya

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Kebenarannya,

Tuesday, May 11, 2010

Madah Cinta ... Kata-kata Cinta ... Ungkapan Tinta



Cinta adalah perasaan hangat yang mampu membuat kita menyedari batapa berharganya kita dan adanya seseorang yang begitu berharga untuk kita lindungi.

Cinta tidaklah sebatas kata-kata saja, kerana cinta jauh lebih berharga daripada harta karun termahal di dunia pun. Saat seseorang memegang tangan mu dan menyatakan “aku cinta padamu…”pasti menjadi perasaan hangat yang istimewa. Kerana itu, saat kamu sudah menemukan seseorang yang begitu berharga buat kamu, jangan pernah lepaskan dia, peluk lah seeratnya di dalam dakapanmu..

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Tuesday, May 4, 2010

Lawak pendek versi 2

Morning sumer....buzz kongsikan lawak-lawak pendek di pagi hari buat korang sumer..ceriakan pagi ini dgn ketawa riang..agar permulaan hari bermula dengan kesegaran dan berakhir dgn keceriaan..




Wrong Colour

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.

Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?

Penerima : Oh, ini Mr. Black.

Penelefon :Oops Sorry, wrong color!





Ikut Jiran Sebelah

isteri: bang,sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita.

suami: ape halnya sampai awak sejuk?!

isteri: yela,tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga,kiss dan coklat.

suami: habis tu kenapa?

isteri: kenapa abang tak buat macam tu....?

suami: hish!!gila ker awak nie!!!?? mane saya kenal dia!!!!

isteri : *&#$%^&*%**%


Wednesday, April 28, 2010

Shichida Method - Didik anak cara Jepun

Buzz kongsikan maklumat yg diterima dr email....Banyak cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.


Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICHIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya.

Kelas SHICHIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICHIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya.

Buzz ade gk tengok2 dia nyer website, salah satu  yang buzz impressive sgt tngok dia nyer hasil..solution kat gambar tu dibuat oleh kanak2 Jepun yg berusia 2 tahun 6 bulan, setelah dia mengikuti method nie.

So..kiter leh la try praktikkan untuk anak2 kite....

Cara-cara nya adalah :

Tuesday, April 27, 2010

Nombor pendaftaran kenderaan terkini

Aloha....tadi sajer merewang rewang di alam maya, buzz masuk lah website JPJ a.k.a Jabatan Pengangkutan Jalan (juz wondering...camner dia org angkut jalan tu..huhu)..

sebenarnya risau gk nk masuk situ, kot 2dia org leh trace saper yg tak bayar saman. bila masuk jer akn kluar alert besau2 kt screen...........(memandangkan...emm..mm..paham2 la sndiri..huhu..maap yer pak JPJ)... aper la aku melalut nie..

back to de story, buzz jumpa la senarai nombor-nombor pendaftaran terkini..juz nk share ngn korang sumer jer...nie mmg sumber dr website dia org lah..kira nyer nombor tu as at 26 April 2010..ok, lets check it out...

Selangor - BKT 5049 (singkatan kpd bukit nie)

Beufort - SB 486 B (nie Special Branch punyer)

Keningau - SU 2430 B (sesuai utk ank bongsu dan setiusaha)

Perak - AHD 2709 (cam hari ahad lak)

Kota Kinabalu - SAB 6415 B (Inspektor SAB, meari bombay station hee..huhu)

Terengganu - TAY 3674 (Tganu ni cm ktinggaln skit, ramai warganya bli keta plat luar kot,trmsuk la buzz)

Monday, April 26, 2010

Lawak pendek versi 1

alohaa..buzz kongsikan ngan korang lawak-lawak pendek buat bacaan, tatapan, renungan dan ketawaan buat korang sumer..moga bleh release skit otak yg ngah serabut serabai tu..ahaks..

Siapa nie ??

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk..."


Kerja Rumah

Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.

GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?

ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah

GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?

ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.

Monday, April 12, 2010

Aksi Lucah 18 sx (video, gambar dan bacaan 18 tahun ke atas sahaja)

Wednesday, April 7, 2010

Duri hari ini.. Bunga hari esok..




Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar
Diberikan bunga dan rama-rama
Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat
Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya
Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan

Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya
Selepas satu tempuh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya

Monday, April 5, 2010

Awasi anak anda

Aloha sumer...buzz dpt satu gmbar nie...untuk peringatan kapada sumer terutama yg ada anak kat umah...termasuk la buzz sndiri..awasi anak anda dan jangan biarkan mereka bersendirian di rumah...


Monday, March 1, 2010

ILUSI OPTIK : Bayangan wajah


Buzz kongsikan satu ilusi optik bayangan hitam..huhu..k...ikuti langkah di bawah ni yer...

-Memula korang releks kan diri..dan cuba concentrate dan perhatikan betul-betul 4 titik pada tengah2 gambar di atas tu..cuba perhatikan dalam masa 30 hingga 40 saat.

-Kemudian alihkan padangan korang kat dinding tempat korang duduk tu.

-Korang akan nmpak satu cahaya terbentuk..jeng...jeng..jeng..huhu

-Aper yang korang nampak..saper yg korang nampak...hmmm...cuba jgn tak cuba yer..



HARAP MAAF, GAMBAR TELAH DI REMOVE OLEH ADMIN..

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR


1. untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

2. untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

3. untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

Wednesday, February 24, 2010

Cara untuk jadikan housemate anda gila

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time... 

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik dan terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda danpegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor.
Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.




4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap dan tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ. 

Friday, January 29, 2010

AdukaTaruna

Aduka Taruna sememangnya nama yang hangat diperkatakan skang..mungkin betul ape bidalan kata...akibat mulut badan binasa..dlm kes nie.akibat keyboard badan binasa :) bagi yg tak tau hujung pangkal nyer..buzz tolong tempet aper yg ditulis oleh beliau sebelum nie...sedih..mengenangkan ade juga ank bangsa kita yg camtu...


Sunday, January 17, 2010

Kalimah ALLAH hanya hak mutlak ISLAM

Salam buat semua saudaraku...gmbar di bawah ini buat renungan kita bersama..sememangnya isu ini hangat diperkatakan..di dada media spt paper, tv, berita, web mahupun di blog2..banyak komen mengenainya..tp klau kat paper n berita nampaknyer hal nie semakin sanyap kan..walaupn senyap, kita berharap dan berdoa agar kalimah suci ini dapat dipertahankan sebagai hak mutlak islam sahaja...paling penting ia melibatkan kalimah syahadah seluruh umat islam di dunia ini..buzz ingin kongsi kn gmbar2 berikut..ini dah terjadi di negara jiran kita..negara serumpun kita...dan ingat lah..fikirkan lah...jika kita tidak pertahankan sekarang..ape akn terjadi kepada masa depan anak2 kita...



 

 

"Ya ALLAH ya Tuhan kami, lindungi kami dari perkara sebegini, jauhilah kemungkaran ini dari berlaku di tanah air kami, selamat kanlah kami, selamat kan lah keturunan kami, kami memohon perlindungan dari-Mu"


Monday, January 4, 2010

layan gambar

Jom kiter layan gmbar2 di bawah nie...

 sanggup kah anda..wahai kaum lelaki...malunyer sayer...huhu

Perlindungan yang bagus untuk anak2 anda...hehehe
mantap dan hebat...kuikuikui

Ilusi optik....aper yang anda nmpak sebenarnyer...