Tuesday, December 22, 2009

Haji Hasbullah Awang



Seperti yang dibenarkan oleh blog kelantan fc, maka buzz pn copy lah artikel nie...rasanyer satu yg menarik yg bleh kita sama2 perhatikan dan dengar-dengarkan masa kite tngok bola klu time haji Habullah Awang wat ulasan..

Menonton bolasepak Malaysia memang tidak sah kalau tidak diulas Tuan Haji Hasbullah Awang. Teknik ulasan yang kadangkala puitis, bersahaja walaupun tersilap sebut dan penggunaan istilah-istilah bolasepak yang mustahil ditemui dalam ulasan EPL di ESPN menjadikan ulasan bolasepak Malaysia sangat unik. Sama uniknya dengan corak permainan Malaysia yang sangat luar biasa.


Dikesempatan menonton perlawanan akhir tempoh hari, aku sempat mengambil beberapa ungkapan bolasepak dari ulasan bolasepak Tuan Haji Hasbullah Awang.

Antaranya:

Hantaran Panjang
Hantaran jauh yang dibuat oleh para pemain Malaysia mirip seperti long ball dalam corak permainan bolasepak Inggeris dulu kala. Bezanya hantaran panjang dalam bolasepak Malaysia jarang sampai tepat ke pemain yang diberi hantaran.

Hantaran Cantik
Hantaran yang sampai tepat ke pemain yang diberi hantaran atau dalam orang putihnya, complete pass. Lazimnya berlaku secara sengaja tetapi kerap juga berlaku secara tidak sengaja dalam bolasepak Malaysia.

Mengatur Gerak
Sama seperti build up play secara prinsipnya. Tetapi tidak seperti build up play yang lazimnya berakhir dengan gol cantik macam orang putih buat, mengatur gerak dalam konteks Malaysia selalunya berakhir dengan tendangan ke laut.

Hantaran Lintang
Lebih kurang crossing atau horizontal pass. Selalunya dilakukan bila penghantar berada dalam keadaan tertekan lalu dengan pantas membuat hantaran lintang biarpun tiada rakan sepasukan di tepian padang sebelah sana.

Tak Berjaya Dikesan
Istilah ini bukan membawa maksud pemain Malaysia yang berjaya menyelinap benteng pertahanan lawan tanpa dikesan. Tapi selalunya digunakan oleh Tuan Haji bila ada hantaran bola oleh seorang pemain Malaysia yang tidak disambut oleh 10 pemain Malaysia atas padang yang lain, kerana baki semua 10 pemain itu gagal mengesan bola tersebut.

Oh Tidak
Sama seperti oh no. Kerap digunakan merujuk kepada kesilapan taktikal tahap Gaban.

Separuh Separuh Masa Pertama
Disebut oleh Tuan Haji buat julung kalinya pada minit ke-22 dan 30 saat, merujuk kepada separuh dari separuh masa pertama yang sudah berlalu dalam perlawanan, atau erti kata lainnya suku pertama perlawanan. Tuan Haji mungkin pengulas bolasepak pertama yang membahagikan permainan bolasepak kepada 4 suku masa, macam bolasepak Amerika.

Tenang Mempertahankan Kubu
Ungkapan rare yang digunakan untuk menggambarkan situasi rare dalam bolasepak Malaysia iaitu ketenangan barisan pertahanan mempertahankan kubu.

Mengiringi Bola
Lebih kurang macam mengiringi pengantin atau budak nak berkhatan kena julang. Disebut oleh Tuan Haji bila ada lorongan atau through pass yang laju kepada pemain Malaysia yang kurang laju. Maka pemain tersebut akan mengiringi bola hingga ia keluar dari padang permainan, atau kata orang Perak, tak terkejor kome!

Memulakan Dengan Serangan
Pembuka bicara Tuan Haji ketika bermulanya separuh masa kedua. Penggunaan ungkapan ini oleh Tuan Haji bermakna ada juga agaknya pasukan yang memulakan dengan bertahan. Ini membuatkan pihak penyelidik bolasepak di Sokernet tertanya-tanya pasukan bolasepak lain manakah dalam galaksi Bima Sakti ini yang memulakan perlawanan dengan bertahan.

Tendangan Melengkung
Swerve kick kata orang putih. Sekali-sekala dilakukan dengan jayanya oleh pemain Malaysia yang menjadikan David Bekcham sebagai idola mereka, macam Zaquan Adha barangkali.

Tak Terkejar
Istilah yang digunakan bila ada pemain Malaysia yang membuat hantaran dengan kelajuan tinggi kerana menyangka rakan sepasukan yang diberi hantaran boleh berlari sepantas David Odonkor.

Itu beberapa ungkapan yang sempat aku catit. Selebihnya tidak kedengaran oleh kerana tempik sorak rakyat Malaysia yang menonton bersama dengan aku. Beberapa ungkapan yang digunakan Tuan Haji ketika perlawanan separuh akhir menentang Laos tidak pula disebut, antaranya ‘serangan berantai’, ‘sepakan membias’ dan ‘pertahanan berlapik’.

Tapi tetap yang paling best ialah bila Tuan Haji memaklumkan PSV Eindhoven adalah kelab dari Belgium dengan tenang dan tanpa rasa bersalah ketika Piala Asia 2007 dulu.

Memang klasik.

Apa pun tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia. Harapan biarlah kejayaan ini menjadi titik tolak untuk revolusi dan pembangunan bolasepak Malaysia. Juga diharap Sultan Bola tidaklah besar kepala dan perasan bagus dengan kejayaan ini.

4 comments:

Ieda the Rainbow Princess said...

Suka tgk & dgr ayat2 Tuan Hj nie
waktu tgh mengulas perlawanan Bola Sepak..
Best tgk dia dlm tetamu jemputan
jozan Show!Huhuhu..agak kelakar Tn Hj
nie..

p/s: Congrats to pasukan Bolasepak Malaysia
yg berjaya di Sukan Sea!

Frodo Baggins said...

wakakkakakka ... suara tuan haji ni mmg epic. paling best bila kata .... "GOOL .. OH TIDAK, TIDAK BERJAYA NAMPAKNYA" ... kahkahkahkah


>>________<<

Shaifful Hairi b Ramli said...

hasbulallah..hasbullah...mmg seronok time dia ulas waktu live makin tua makin meraban hahahha

Little buzz said...

Tuan haji nie insyaallah will be legend kan...pengulas tidak galang gantinyer nnt...ade chance dpt dato' nnt nie..

Post a Comment