Sunday, March 22, 2015

Rukun solat

Petikan dari kitab Al Fiqh Al Manhaji. 13 rukun solat adalah seperti berikut :

1) Niat

2) Berdiri sekiranya mampu ketika solat fardhu

3) Takbiratul ihram

 


4) Membaca Fatihah

5) Ruku'

6) I'tidal selepas ruku'

7) Sujud sebanyak dua kali pada setiap rakaat

8) Duduk di antara dua sujud


 
9) Duduk yang akhir-duduk pd rakaat pnghabisan yg diikuti dgn salam

10) Membaca tasyahhud (attahiyat) ketika duduk yg penghabisan

11) Berselawat ke atas Nabi s.a.w selepas tasyahhud akhir

12) Salam yang pertama

13) Melakukan semua rukun mengikut urutan (tertib) rukun sebagaimana asalnya

Saturday, March 21, 2015

Kesilapan dalam solat

Sedikit penerangan dan ingatan untuk diri sendiri berkenaan kesilapan2 dalam solat.
Kesilapan dr segi rukun kauli 

i)Menyebut Allahuakbar pada takbir ratul ihram mestilah didengari di telinga sendiri. Jangan langsung tidak brbunyi dan jangan pula trlebih kuatnya dari iman.

-Niat di hati bermula apabila huruf alif pada perkataan Allahuakbar.

-Masa takbir ratul ihram ini biarlah kita dalam keadaan yg tenang.

ii)Baca al fatihah mestilah terdengar di telinga kita sendiri. Jangan pula dibaca kuat sehingga mengganggu makmum2 yg lain.

iii)Tahiyat akhir juga perlu didengari di telinga sendiri apabila membacanya. Bacaan yg perlu didengari ini adalah sehingga selawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w.

 iv)Salam yg pertama juga perlu didengari di telinga sendiri apabila dibacanya. Dan salam kedua adalah sunat


Saturday, March 7, 2015

Taubat

- Bersegeralah bertaubat apabila kita melakukan dosa besar ataupun dosa kecil.

- Ingatlah, dosa yg besar berasal dari mengambil remeh dosa-dosa kecil. Meremeh-remehkan tntang dosa adalah dosa.

 
- Taubat nasuha: taubat yg lahir dr batin, gerun utk mlakukan lg dan menyesal di atas apa yg telah d buat dan tiada cita2 utk mengulangi prbuatan dosa itu lg (maknanya walau ada pluang kita ttp tidak akn ulangi dosa tsebut)

- Allah swt tidak melihat rupamu (luaran), ttp Allah swt melihat pd hatimu, iaitu kebaikanmu. Taubat bukan trletak sekadar d luaran, tp taubat letaknya d hati.

- Taubat perlu ada rasa penyesalan.

- Tanda kita org yg brakal / cerdik, adalah kita slalu muhasabah diri kita, slalu memeriksa diri kita tntang dosa2 yg kita buat.


 - Bertaubatlah dgn rintihan. Rintihan kita ttg dosa kita kpd Allah swt. Dia amat sukakn suara sbegitu.

- Rayulah kita kpd Allah ttg dosa kita, rintihkan penyesalan trhadap dosa2 kita kpd Allah swt.

Wednesday, March 4, 2015

Kelebihan pada yang mati syahid

1) Allah s.w.t akan mengampunkn segala dosanya di waktu darah mula keluar dari tubuhnya.

2) Dia akan dapat melihat tmpat duduknya di dalam syurga tatkala dia 'memandang'.

 
3) Dia akan trlepas dari siksaan kubur.

4) Dia akan aman dari segala ketakutan pada hari kacau bilau di padang masyar.

5) Dia akan diletakkan pada kepalanya mahkota yang tinggi. Mahkota ketenangan (semua yg brada d masyar akn memandang)

6) Dikahwinkan dia dgn 72 bidadari

7) Dia boleh memberi syafaat kpd 70 org kpd kaum kerabatnya.