Monday, October 27, 2014

Sinopsis Surah Al-Baqara

Assalamualaikum, saya kongsikan sinopsis ini berdasarkan kuliah agama (kuliah tafsir) yang saya dengari.

- Surah Al-Baqara adalah surahyang paling panjang di dalam Al-Quran.Ia merupakan surah yan awal diturunkan dan telah diturunkan di Madinah.

- Yang di dalamnya menangani persoalan-persoalan mengenai syariat, undang-undang dan perlembagaan yang diperlukan oleh orang islam dalam penghidupan bermasyarakat.

- Ia benyak menyentuh berkenaan hukum-hukum. Iaitu mengandungi ayata-ayat hukum.

- Dimulakan dalam surah ini adalah tentang sifat orang beriman, sifat orang kafir dan sifat orang munafik.

- Membandingkan orang yang bahagia dan orang yang sengsara.

- Kisah permulaan penciptaan makhluk. Di dalamnya juga terdapat kejutan-kejutan yang menunjukkan kemuliaan manusia itu sendiri.

-  Menyebut berkenaan ahli kitab khasnya bani Israel atau Yahudi. Orang islam diingatkan tentang kejahatan dan tipu daya mereka. Menceritakan dalaman mereka yang sangat buruk dan sangat gemar melakukan pengkhianatan. Penceritaan berkenaan Bani Israel ini adalah melebihi 1/3 dari surah ini.

- Menceritakan berkenaan pensyariatan (sebab pada masa itu, negara Islam baru hendak ditubuhkan iaitu Madinah), samada dalam bentuk ibadat atau muamalat. Sebagai contoh hukum puasa, haji, umrah, jihad fi sabilillah, hal ehwal kekeluargaan (penyusuan, iddah, nikah, cerai).

- Menceritakan juga tentang jenayah riba yang menjadi ancaman kepada sistem kemasyarakatan.

- Menceritakan tentang peringatan hari kiamat.

- Surah ini ditutup dengan gesaan bertaubat dan kembali kepada Allah dan doa-doa orang beriman.

- Pembukaan surah ini dengan huruf-huruf potong, iaitu huruf yang dibaca tidak bersambung. Ini adalah diantara perkara yang menunjukkan kemukjizatan Al-Quran.

- Jumhur ulama' tidak mentafsirkan Alif, Lam, Mim pada permulaan surah ini kera ia adalah
benda yang Allah simpan dalam ilmunya.


Wednesday, October 1, 2014

Terima Kasih Tuan

Umpama timun hendaknya 
Melanggar kami terluka 
Dilanggar kami cedera 

Tapi itulah nasib kami yang hina 
Tanpa elaun seperti menteri 
Makan bayar sendiri 
Kereta pandu sendiri 
Minyak isi sendiri 
Jalan sesak kami hadap setiap hari 

Mudah pula tuan berkata 
Jangan makan bila ayam naik harga 
Jangan minum manis bila naik harga gula 
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia 

Kami umpama kain basahan 
Tuan perah habis habisan 
Akhirnya kami kekeringan 
Merana kami tuan kesenangan 

Duit sejemput kami diperas hingga rabak 
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak 
Diusul kami tuan amuk sampai koyak 

Kami senyum lihat tuan makin menggalak 

Tak mengapalah tuan 
Kami terima segala ketentuan 

Cuma ingat pesan Tuhan 
Setiap perkara ada balasan 
Nasib tuan belum ketahuan 
Tuan jangan lupa Kami manusia biasa 

Sabar kami ada tahapnya 
Luka kecil boleh menjadi nanah juga 
Jangan sampai menjadi barah pula 

Cukuplah tuan menyeksa 
Cukuplah tuan buat kami merana 
Kuasa tuan dari kami 
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..