Monday, March 1, 2010

ILUSI OPTIK : Bayangan wajah


Buzz kongsikan satu ilusi optik bayangan hitam..huhu..k...ikuti langkah di bawah ni yer...

-Memula korang releks kan diri..dan cuba concentrate dan perhatikan betul-betul 4 titik pada tengah2 gambar di atas tu..cuba perhatikan dalam masa 30 hingga 40 saat.

-Kemudian alihkan padangan korang kat dinding tempat korang duduk tu.

-Korang akan nmpak satu cahaya terbentuk..jeng...jeng..jeng..huhu

-Aper yang korang nampak..saper yg korang nampak...hmmm...cuba jgn tak cuba yer..



HARAP MAAF, GAMBAR TELAH DI REMOVE OLEH ADMIN..

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR


1. untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

2. untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

3. untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.