My buzzzzing space

Sunday, April 10, 2022

Berbaik Sangka kepada NYA

Cuba anda jawab pertanyaan ini dlm hati !!

Siapa yg boleh jawab benar semua...

1. Allah menciptakan tertawa dan ............... ??

2. Allah itu mematikan dan ............... ??

3. Allah itu menciptakan laki-laki dan ............... ??

4. Allah itu memberikan kekayaan dan ................ ??

Bagaimana jawapannya ?

Mudah bukan ?

Sebahagian besar jawapan ternyata memang benar, tapi hanya untuk nombor 1, 2 dan 3 saja.
Sedang untuk jawapan nombor 4, Ternyata majoritinya salah.

Mengapa ?

Sekarang mari kita bahas.
Majoriti kita tentu akan dengan mudah menjawab:

1. Tertawa dan (Menangis)
2. Mematikan dan (Menghidupkan)
3. Laki laki dan (Perempuan)
Tapi bagaimana dengan nombor 4 ?
Apakah benar jawapannya adalah kemiskinan..??
Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 43-45, dan 48, sbb:

Jawapan no. 1

:ﻭَﺃَﻧَّﻪ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ

"Dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."

(QS. An-Najm: 43)

Jawapan no. 2

:ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ

"Dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan." 

(QS. An-Najm:44)

Jawapan no. 3

:ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ

"Dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan laki-laki dan perempuan. "

(QS. An-Najm:45)

Jawapan no. 4

:ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ

"Dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan."

(QS. An-Najm:48)

Ternyata jawapan yang nombor 4 kita sudah berburuk sangka kepada Allah.

Sesungguhnya Allah hanya memberikan kekayaan dan kecukupan kepada hamba-hamba Nya, bukan kemiskinan seperti yang telah kita sangkakan.

Yang menciptakan KEMISKINAN itu adalah diri kita sendiri.

Kemiskinan itu selalu kita bentuk dalam pola pemikiran kita.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang pandai bersyukur walaupun gajinya sedikit tapi dia tetap boleh tersenyum bahagia.

Kerana dia merasa cukup, bukan merasa miskin seperti kebanyakan orang lain.

Semoga kita termasuk dari golongan orang-orang yang selalu merasa cukup dan selalu bersyukur dalam segala hal dan tetap semangat dalam menyebarkan kebaikan.... Kata kuncinya BERSYUKUR

**Artikel dari whatsapp forward

Wednesday, October 7, 2020

Kedudukan makmum ketika solat berjemaah bersama keluarga

Ini adalah kedudukan makmum semasa kita solat berjemaah bersama keluarga.. Sumber rujukan gambar dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Sama2 kita kongsikan

Wednesday, March 11, 2020

Ujian fizikal seminit. Fastest medical check up 😉


Cara pantas mengetahui kondisi anda.. Untuk ujian ini, sila lihat gambar di atas. 
Paparan di atas, telah diilhamkan oleh ahli saraf Jepun.(sumber ni admin pn tak pasti, ye ke tak 😁, tp boleh di cuba) 

1. Setelah di lihat gambar di atas dan ianya tidak berputar, insyaAllah anda sihat dan kuat.

2. Jika gambar di atas dilihat berputar perlahan ala2 slow motion gitu, bermaknanya anda kurang tidur, penat atau lelah.

3. Tetapi jika gambar di atas tu berputar terus menerus dan tidak berhenti (cam gasing atau beyblade 😄) anda disahkan sangat stress!!! 

Berdasarkan kata ahli saraf tu lah.. Kot ahli saraf tu menipu, admin pn tipu gak lah.. But its fun.. Cuba lah.. Tp jgn tengok lama sgt.. Kan berpinau biji mata korang.. 😁

Monday, February 3, 2020

Semakan Nombor Pendaftaran JPJ Februari 2020

Maklumat ini admin buat berdasarkan semakan dari Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan pada 04 Februari 2020. Boleh rujuk link di bawah bagi update terkini dari portal rami tersebut :

https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-nombor-pendaftaran-terkini

So dari semakan admin berikut merupakan nombor pendaftaran terkini sehingga 4 Februari 2020 jam 10 pagi.

1. JOHOR : JTW 3865

2. KEDAH : KEU 9216

3. LANGKAWI : KV 2645 E

4. KELANTAN : DDR 4028

5. MELAKA : MDF 6681

6. NEGERI SEMBILAN : NDN 2504

7. PAHANG : CEF 2847

8. PULAU PINANG : PPF 7050

9. PERAK : ALN 6015

10. PERLIS : RAE 4362

11. SELANGOR : BQD 1734

12. TERENGGANU : TCD 8576

13. KOTA KINABALU : SYE 8443

14. SANDAKAN : SMB 5930

15. KUDAT : SK 5396 B

16. TAWAU : SWB 350

17. BEAUFORT : SB 9065 D


18. KENINGAU : SU 2853 F

19. LAHAD DATU : SD 5693 P

20. KUCHING :QAA 4830 Y

21. SIBU : QS 2867 L

22. MIRI : QM 428 G

23. SRI AMAN : QBD 8430

24. SARIKEI : QRM 7434

25. BINTULU : QTT 662

26. LIMBANG : QLC 4481

27. KOTA SAMARAHAN : QCK 2059

28. KAPIT : QPB 4364

29. MUKAH : QS 2869 L

30. BETONG : QBD 8430

31. LAWAS : QLC 4481 (sama dengan Limbang)

32. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR : VEJ 8419

33. WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN : LG 3784

34. WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA : tiada nombor pendaftaran terkini


Harap info ini berguna pada korang terutamanya yang tengah survey2 or shopping2 :-) kereta baru. Since sekarang ni anda boleh pilih mana2 nombor plate dari negeri mana atau kawasan mana sekalipun (selagi ianya plate Malaysia), so pilih lah sesuka hati korang..ada 34 option, pilih..pilih.. tp kalu nak yang nombor2 menarik dan nombor yang ada makna dengan korang, korang boleh lah bida..so sekrang nie dah ade online bid..korang boleh buat bidaan di link berikut :

https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/main/home_ebid



tp lepas dapat nombor plate tu, make sure ukuran n font style tu menepati apa yang disarankan..boleh rujuk guideline kat bawah ni..


ok itu saje utk hari ni..harap infonya berguna..adiooss..

Doa masuk dan keluar masjid

Kata-kata hikmah Syaqiq al-Balkhi

1. "Saya mencari kesanggupan meninggalkan dosa, lalu saya temukan dalam solt dhuha"

2. Saya mencari cahaya dalam kubur, lalu saya temukan pada solat malam.

3. Saya mencari jawapan soalan Munkar dan Nakir, lalu saya temukan pada pembaca Al-Quran.

4. Saya mencari kemampuan melintasi titian sira, lalu saya temu pada puasa dan sedekah.

5. Saya carikan teduhan arasy, ternyata saya temu pada beruzlah.

Kitab Nashaihul ibad

Monday, April 25, 2016

Pengetahuan am

4 PENGETAHUAN AM 

1. Tersedak makanan, 

2. Salah bantal, 

3. Kram kaki, 

4. Kaki semut2 @ kebas

In Shaa Allah pengetahuan ini berguna utk kita &  menolong orang lain.

Caranya adalah seperti berikut:

1. Jika tersedak makanan 
Hanya perlu “mengangkat tangan”.
Di Atlantic City, New Jersey, AS, seorang anak berusia 5 tahun bernama A'Zir Spence dgn bijaknya tlh menyelamatkan nyawa neneknya, dgn hanya perlu “mengangkat tangan”.
Satu hari, Shirldine Stewart berusia 56 tahun sedang menonton TV di rumahnya sambil makan jelly. Cucunya Spence turun ke bawah untuk menanyakan sesuatu kepadanya.Ketika nenek memalingkan muka untuk memandang cucunya, sepotong jelly tersangkut di kerongkongnya. Sinenek berusaha utk melepaskan jelly yg tersekat dengan menekan bhgn perutnya, tp gagal. Spence lalu bertanya: “Nek! nenek tersedak ke?”, namun  nenek tidak msmpu menjawab. “Saya rasa nenek tersedak. Nek! Cepat naikkan tangan nenek!” Nenek Stewart lalu mengangkat tangan di atas kepalanya dan ternyata jelly itu keluar dari kerongkongannya. Spence bgtau  kaedah ini dipelajarinya di sekolah.
Jadi cara menangani jika tersedak makanan --- hanya perlu “mengangkat tangan”.


2. Salah bantal
Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal?
Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki shj, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

3. Kram kaki
 Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi,
Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.

4. Kaki semut2 @ kebas
Ketika kaki kiri semut2, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga,
ketika kaki kanan semut2, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga...
Jangan simpan saja info ini. Siapa tahu kita mungkin dapat membantu orang lain.
Semoga bermanfaat...