Wednesday, December 23, 2009

Bapaku Tingkatan Satu




ESSEX - Keluarga kepada remaja lelaki Alfie Patten yang menjadi bapa ketika berumur 13 tahun menyelar seorang doktor kerana tidak memberitahu lebih awal berita kehamilan kekasihnya, lapor sebuah akhbar di Britain semalam.Alfie menjadi bapa selepas kekasihnya, Chantelle berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi perempuan pada minggu lalu. Bagaimanapun, Chantelle hanya memberitahu ibunya ketika kehamilannya sudah memasuki minggu yang ke-18 iaitu selepas doktor itu melakukan pemeriksaan.

GAMBAR menunjukkan Alfie memangku anaknya manakala Chantelle berada di sisinya.
 
Doktor tersebut mengesahkan Chantelle hamil setelah minggu ke-12 kehamilan. Bapa Alfie, Dennis berkata: "Doktor itu sepatutnya memberitahu seorang dewasa."Namun, doktor itu mungkin tidak dapat mendedahkannya kerana menjaga rahsia peribadi pesakit."
Alfie mendapat liputan meluas pada minggu lalu di seluruh dunia selepas dia menjadi bapa ketika berumur 13 tahun. - Agensi

emm....macam2 dunia nie....

3 comments:

unwanted said...

owh..
ni berita dah lama ni.
lps buat ujian baru tahu budak tu bukan bapa kepada bayi tu.
perempuan tu dah main dengan orang lain pun,
bila beranak kata anak orang lain pula.
sampai dia sendiri tak tahu siapa bapa sebenar.
entah dah main dengan berapa orang dah..:)

911 said...

Adusss... memang macam-macam ragam manusia nihh

Little buzz said...

sib bek lah klu budak tu bukn bapaknyer...sian buzz nengok..dah terkebil kebil dh muka dak tu...huhu

Post a Comment