My buzzzzing space

Saturday, September 6, 2014

30 Orang yang Pertama Dalam Islam

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
1. Orang yang pertama menulis Bismillah :Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam :Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan :Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :Sayyidatina Hajar
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah :Umar bin Al-Khattab
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam :Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :Al-Harith bin Abi Halah
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :Sumayyah binti Khabbat
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /lembaran :Abdullah bin Amru bin Al-Ash
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :Saad bin Abi Waqqas 
 16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan:Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :Ali bin Abi Tholib
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW :Tamim Ad-dary
19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah :Az-Zubair bin Al-Awwam
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW :Ibban bin Othman bin Affan
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :Khadijah bt Khuwailid.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:Ali bin Abi Tholib
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :Muawiyah bin Abi Sufyan
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam:Harun Ar-Rasyid
26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal :Umar Al-Khattab
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW :Ali bn Abi Tholib
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :Mus'ab bin Umair
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :Nabi Muhammad SAW.

Thursday, September 4, 2014

Tiupan Sangkekala yang ke-2

- Tajuk ini menghuraikan bagaimana dimaksudkan dengan tiupan sangkekala yang ke-2

- Apa yang dimaksudkan dengan sankekala
  (1) Suatu tanduk yang diciptakan dari cahaya (karnun)
  (2) Rupanya seperti serunai
  (3) Yang mempunyai suara yang bersuara ( seperti halalintar yang amat keras)
  (4)  Besar mulutnya (lubangnya) sama dengan 7 petala bumi dimana disitulah roh semua makhluk berada sebelum ianya ditiup. Apabila ditiup maka roh itu akan keluar dan mencari jasadnya.

- Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa bagaimana ia mahu bermewah-mewahan di dunia ini (sekadar yang patut sahaja/ bersederhana di dunia ini), kerana pada masa itu pun (iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w), sangkakala itu sudahpun berada di mulut malaikat (Isrofil), hanya menunggu izin dari Tuhan sahaja untuk ditiup.

-Sesungguhnya masa itu adalah pendek, oleh itu selalulah kita membaca "HasbunAllah wa nikmal wakil".

- Selepas sangkekala itu ditiup maka akan dihidupkan kembali manusia dari tulang punggungnya / tulang tungkik. Rujuk gambar di bawah (tail bone)

- Sebelum tiupan berlaku akan berlakunya hujan seperti mani lelaki, membasahi tanah dan selepas itu tumbuhlahjasad-jasad manusia seperti tumbuhnya tumbuh-tumbuhan selepas hujan. Tubuh itu akan tumbuh sempurna tetapi tampa adanya lagi roh. Roh akan masuk ke jasad masing-masing selepas tiupan sangkekala ke-2.

- Allah s.w.t menurunkan air hujan (yang dikatakan sebagai air kehidupan), maka hujanlah langit ke atas kamu selama 40 tahun (masa itu manusia dalam bentuk tulang punggung dan berada di dalam tanah). Dalam masa air turun selama 40 tahun itu maka jasad manusia pun terbentuk. Nabi berkata dalam 40 tahun yang hujan itu menyebabkan tenggelamnya tanah sedalam 12 hasta.

- Selepas itu Allah s.w.t berfirman kepada malaikat, hidupkalah malaikat.

- Kemudian datangkan roh-roh (Roh orang berimanakan bercahaya, manakal roh orang yang tidak beriman dalam keadaan kelam) kemudian masuklah roh itu ke dalam lubang sangkekala. kemudian malaikat Isrofil dititahkan agar sangkekala itu ditiup. Maka keluarlah roh itu berterbangan menghala mencari jasad-jasad tadi. (Allah s.w.t memerintahkan agar roh-roh pergi mencari jasad masing-masing)

- Roh akan menjunam masuk ke bumi. Masa itu jasad di dalam bumi sudah terbentuk, selepas turunnya hujan/ air kehidupan. Roh akan masuk melalui hidung dan selepas itu roh akan menjalar/ meresap ke seluruh badan.

- Selepas roh selesai meresap ke dalam jasad manusia, maka bumi akan berpecah untuk manusia bangkit. Rasulullah s.a.w akan bangkit sebagai orang pertama iaitu bangkit dari bumi.

- Selepas itu bangkitlah manusia, dalam keadaan muda seperti umur 33 tahun (umur pertengahan).

- Masa dibangkitkan, manusia semuanya satu saiz, saiz sama besar itu 60 hasta, iaitu saiz nabi Adam a.s.

- Bahasa yang dituturkan adalah bahasa suriani (bahasa kitab taurat).

- Bangkit dan terus ke padang Masyar

- Semua akan dihimpunkan, dari bayi yang gugur dalam kandungan sehingga manusia yang mati seperti biasa.

- Tersebut pada hadiths - hari yang ditukarkan buni kepada bumi hari itu yang mana ianya tidak sama dengan bumi pada hari ini.

- Bumi akan dihampar tampa bukit-bukau atau pokok-pokok, perlindungan yang ada hanyalah arahsy.


Wednesday, September 3, 2014

Kedudukan Solat Sunat

Kedudukan / ranking solat sunat ini adalah bagi solat sunat yang tidak berjemaah

(1) Ranking pertama adalah Solat Sunat Witir. Satu rokaat witir lebih afdhal dari dua rokaat tahajud dan dua rokaat solat sunat rowatib sebelum subuh.Bilangan rokaat bagi solat witir tidak boleh melebihi dari 11 rokaat.

(2) Ranking kedua adalah solat sunat  rowatib iaitu solat yang mengiringi solat fardhu. Bagi solat rowatib ini terdapat dua kategori iaitu yang munakahat dan ghairo munakahat. Yang munakahat ini tidak ditinggalkan oleh Rasulullah. Berikut adalah 10 rokaat solat sunat rowatib yang munakahat :
 
    (i)  2 rokaat sebelum solat subuh - yang paling afdhal  diantara kesemua solat sunat rowatib
    (ii) 2 rokaat sebelum solat zohor / jumaat
    (iii) 2 rokaat selepas solat zohor / jumaat
    (iv) 2 rokaat selepas solat maghrib
    (v)  2 rokaat selepas solat isy'a

solat sunat rowatib sebelum solat maghrib adalah ghairo munakahat

(3) Ranking kedua adalah solat sunat terawikh. Bilangan rokaat terawikh tidak boleh melebihi 20 rokaat, namun diperbolehkan untuk 36 rokaat di Madinah, tapi yang paling afdhal adalah 20 rokaat. Waktu solat terawikh adalah sesudah solat isy'a sehingga terbitnya fajar.

* Solat sunat lebih rowatib lebih afdhal dari solat sunat terawikh, namun dilihat pada masyarakat kita, solat terwaikh ini lebih diutamakan. Ini kerana masyarakat sendiri kurang faham, disebabkan ramai yang melihat dari perspektif suasana, namun tidak dilihat dari perspektif ilmu itu sendiri.

(4) Ranking keempat adalah solat sunat dhuha. Bilangan rokaat yang paling minimun adalah 2 rokaat dan tidak pula boleh bilangan rokaat dilebihkan sehingga 12 rokaat. Sesungguhnya dinyatakan bahawa 4 rokaat lebih baik dari 2 rokaat. Nabi bersabda jika dikerjakan solat sunat dhuha10 rokaat, nascaya pada hari tersebut tidak disuratkan dosa keatasnya. Jika dibuat 12 rokaat akan dibinakannya sebuah mahligai di syurga.


Tuesday, September 2, 2014

Empat Musuh Manusia / Islam

Musuh manusia / islam ada empat kesemuanya :

(1) Musuh pertama manusia / islam adalah syaitan dan iblis. Ini jelas dinyatakan dalam Surah Yassin. Syaitan ini akan masuk dalam tubuh manusia dan akan menghasut pemikiran manusia agar melakukan perkara-perkara mungkar.

(2) Musuh manusia / islam yang kedua adalah Nafsu. Ini jelas dinyatakan dalam Surah Yusuf, juzuk 13. Nafsu yang sentiasa berada di dalam diri manusia.


 (3) Musuh manusia / islam yang ketiga adalah kaum Yahudi dan Nasrani. Ini dinyatakan di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120.

(4) Musuh manusia / islam yang keempat adalah orang islam sendiri yang mana mereka terdiri dari golongan orang islam yang munafik.

Monday, April 14, 2014

Petua hilangkan Mengantuk di Pejabat

Buzz kongsikan disini petua hilangkan mengantuk di pejabat...petua di copy paste je nie...hehe

1. Bau-bauan – Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu – eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.
 
2. Urut – Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.
 
3. Cahaya – Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda  tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang. .
 

Saturday, June 15, 2013

Selamat hari bapa

Selamat pagi malaysia, selamat pagi dunia dan selamat hari bapa buat insan2 yg brgelar bapa. Khas buat ayah, abah, dady, papa, father, bapak, bak, babah, dad dan apa saja panggilan nya, anda adalah pelindung keluarga, menjadi teras kpd keluarga dan sesungguhnya anda adalah istimewa. Selamat hari bapa.
Setiap insan yg lahir, pastikn kan ada dalam hidupnya seorg insan brgelar bapa. Dan jika anda seorg lelaki anda juga mugkin akn brgelar bapa. Buzz juga seorng bapa kpd seorg cahaya mata dn bakal cahaya mata. Menjadi seorg bapa, bnyk mengajar diri kita. Tugas seorg bapa tidak semudah yg d sangka. Bila anda brgelar bapa, anda menjd ikutan dan tauladan yg akn d contohi oleh ank anda.
Kadang terfikir terlintas di benak ini,
layak kah diri ini d contohi ?
Kerna aku tahu bnyknya klemahan diri.. Namun aku masih cuba betuli diri,agar bisa menjadi contoh utk dituruti..Dah cam syair lh plak. Tp itulah realitinya kan.

Menjadi seorng bapa bnyk mengajar kita Apa ertinya kehidupan,
Apa ertinya tanggungjawab,
Apa ertinya pengorbanan,
Apa ertinya kesabaran. 
Kalu bab sabar menyabar ni, bg yg bakal brgelar bapa amatlah perlu d perbanyak kn. Sememangnya dlm melayan kerenah anak, amat lah kerap kesabaran tercabar. Sama lh juga dgn diri aku ni. Kerap juga hilang sabarnya. Ape pn aku masih cuba betuli.
Selamat hari bapa buat diri sendiri dan juga semua bapa bapa. Nukilan diri ini pada tanggal 16 jun 2013 bersempena hari bapa.

Menjenguk kembali

Assalam sume..sudah lama buzz tidak menjenguk di buzzing space..udah brsawang dn brlabah-labah dn bersemut-semut..huhu..kali ini rasanya mau mengaktifkn kembali ke alam blog memblog ini..
 
Di kala ketika ini..malam menyelubungi kelam..di ulik bahang2 malam..seminggu dua ni panas nya agak perit rasa.tekak sntiasa berhaus, bintik putih d bibir dr luka akibt kepanasn..cuaca tidak menentu. Ada ribut melanda, ada hujan tiba tiba, ada panas tk semena mena..di eropah sana, hujan trus melanda walaupn sekarang sepatutnya summer..

Nasihat ku kepada semua, bila pnas melanda,bnyk2 lh minum air..huhu..sekian saja merepek ku pd mlm ini.adios n gud nite.