My buzzzzing space

Tuesday, June 7, 2011

Fakta Menarik Vol.3



alam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Tuhan, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan Vol 3

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.

Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.



Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.

Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga  1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya" . Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor
rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.

Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.

Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki
dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.

Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau
US$2,000 dengan senjata konvensional.

Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.

Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga.

Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.

Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.

Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.

Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak
daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.

Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan" - sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!

Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.

0 comments:

Post a Comment