My buzzzzing space

Tuesday, June 7, 2011

Fakta Menarik Vol.5



alam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Tuhan, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan Vol 5

Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu.

Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.

Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.

Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.



Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasanyang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagimenyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.

Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.

Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.

0 comments:

Post a Comment