My buzzzzing space

Tuesday, June 7, 2011

Fakta Menarik Vol.4



alam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Tuhan, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan Vol 4

Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

Gajah Afrika hamil selama 640 hari.


Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.

Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.

Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.

Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.

Fakta Menarik Vol.3



alam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Tuhan, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan Vol 3

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.

Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

Fakta Menarik Vol.2



alam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Tuhan, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan Vol 2

Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompatjika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topangsemasa haiwan itu melompat.

Fakta Menarik Vol. 1



alam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Tuhan, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan Vol 1

Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

Monday, January 17, 2011

Ugutan pelajar

alohaaa sumer...td pusing2 kt lam dunia tmpa sempadan ni, terjumpa la note2 ugutan yg dibuat oleh pelajar kepada cikgunya...dasat tul lah pelajar skang nie...camner la nk berkat ilmunya...bagi buzz dlm belajar dan menuntut ilmu nie, keberkatan tu penting..selalu lah hormat mereka..kerana adatnya seorang pelajar adalah hormat kepada pengajarnya...

sakit saya, sakit cikgu, kita tengok lah nnt.....antar petikan ugutan pelajar tersebut...emmm tak tau la kan...tengah marah benor ni kut...pe2 pun buzz tempetkan ugutan tersebut..



Monday, October 4, 2010

Jawatan kosong

Buzz tempetkan jawatan kosong kat bawah nie..bagi sesaper yg dok goyng kaki kat umah tu..leh la apply yer

 

untuk maklumat lanjut, korang bleh call nombor tepon nie :06 - 798 8145 / 8325

Thursday, August 19, 2010

Kakitangan awam dan bonus

Updated : Alhamdulillah...dpt juga la bantuan khas RM500..syukur la kan...dapat la ringankan beban skit..

Bonus..bonus...bonus....bonus....bonus...bonus...bonussss....nk sebut bnyak2 kali...org kata klu kita cukupkan 40 kali sebutnya..mungkin ianya jadi kenyataan...tahun nie sekali lagi kakitangan awam termasuk buzz sndiri yang BERHARAP pasal bonus nie....tiap2 tahun hanya mampu berharap dan menghitung hari..

Bilakah sang pemerintah di istana kubah hijau ingin umumkan bonus..dari hari ke hari, nmpak gayanya makin tipis la peluang...raya dh mkin dekat..duit pun dh makin singkat...mana nya duit utk persiapn raya...mana nya duit utk anak2....mana nya duit utk blik kampung...semuanya memerlukan duit...bukak berita asyik cite psl ekonomi mkin mantap la...KDNK makin menaik la...tp insentif kepada golongan marhain nie...sepi tampa berita..bukan merintih tapi mmg agak kecewa la....

Tapi siapakah kita nie, hnya rakyat biasa..seorang kakitangan awam yang terus berharap..hanya satu serpihan dari 1.2 juta kakitangan kerajaan Malaysia tercinta ini...tp ternyatanya bukan buzz sorang jer yg berharap...tengok saja komen rakyat  satu malaysia di blog sang pemerintah kubah hijau nie...

"salam Datuk Seri,
hari raya semakin dekat, dengan rendah diri pohon agar
Dato Seri dapat memberi sedikit imbuhan kepada kami kakitangan awam yg mana pada bulan depan tiada pembayaran gaji di buat sebelum hari raya, tetapi jgn lah Dato Seri memberi imbuhan sebagai mana tahun lepas yg mana ia rm250 yg tak menjadi kesan langsung...
kesian terima kasih"

"Selamat berpuasa kami ucapkan. Di sini kami ingin memohon jasa baik dato' seri bagi mempertimbangkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM500 seperti tahun lepas (2009). Disebabkan kami yang bergaji rendah (anggota sokongan 2 & 3) tak berkemampuan untuk menyediakan persiapan hari raya pada tahun ini. Gaji pada 25.08.2010 adalah gaji terakhir bagi menyediakan persiapan hari raya memandangkan gaji seterusnya selepas hari raya iaitu 23.09.2010. Insyaallah kalau tiada aral melintang Pada tahun ini hari raya jatuh pada 10.09.2010. setelah 16 hari dari hari gaji. mungkin bagi yg bergaji tinggi tiada halangan tapi bagi pekerja bawahan seperti kami, keadaan ini menjadi tekanan kepada kami. semoga dato' seri dapat mempertimbangkan permohonan kami ini...."

"Datuk Seri... pemberian bonus kepada kami kakitangan awam amat2 di harapkan untuk memeriahkan lagi suasana hari raya kami dan keluarga."

nie sebahagian jer buzz tempetkan kt sini..bnyk lagi komen2 nyer..sumernyer bernada baik2..maklumlaa kami semua org2 bawahan yg masih berharap diberikan sedikit SIMPATI di negara sendiri...