1. Bau-bauan – Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan
membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu –
eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan
untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.
2. Urut – Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda
kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa
beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.
3. Cahaya – Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu
isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan
ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak
cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda tidak ada
jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang. .
4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda. – Mengubah kerusi
atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.
5. Makanan – Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan
terlalu banyak. Makanan ringan lebih baik. Jika perut anda sudah penuh, dan
kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini suatu alasan untuk rasa hendak
tidur.
6. Muzik - Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan
muzik yang mempunyai rentak “up-beat”, supaya anda lebih segar dan
bermotivasi positif.
7. Berjalan-jalan – Jika anda tidak boleh pergi ke
luar, anda boleh berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil
berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.
8. Air - Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan
tubuh anda.
9. Bersihkan meja – Jika anda masih tidak dapat menumpukan
perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti
membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja
yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan
berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan.
10. Tidur - Sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau
melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda semula.
0 comments:
Post a Comment