Monday, April 26, 2010

Lawak pendek versi 1

alohaa..buzz kongsikan ngan korang lawak-lawak pendek buat bacaan, tatapan, renungan dan ketawaan buat korang sumer..moga bleh release skit otak yg ngah serabut serabai tu..ahaks..

Siapa nie ??

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk..."


Kerja Rumah

Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.

GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?

ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah

GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?

ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.

Yang Paling Tua

Di sekolah tabika.

Cikgu: Amri, awak ada berapa beradik?

Amri: tiga, cikgu

Cikgu: awak yg paling tua?

Amri: tak, atuk saya....


Dah Kenal Nombor

di sebuah kelas tabika.

Cikgu: Zaki, awak dah kenal nombor?

Zaki: dah, cikgu. abang saya ajar

Cikgu: bagus. nombor apa selepas tiga?

Zaki: empat

Cikgu: selepas tujuh?

Zaki: lapan.

Cikgu: lebih besar dari sepuluh?

Zaki: Jack!!!


Markah 100%

Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah,kata Yani kpd mamanya.

Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.

Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%.

2 comments:

✿Lovillea✿ said...

HAHAHAHHAHAHA...

LAWOK SUNGGUH.. HIKSSSSS

Little buzz said...

lawak..lawak..ketawa tu jgn lupa tutup mulut sekali..ahaks..

Post a Comment