Wednesday, July 14, 2010

Pokok Hiasan Beracun

Salam...buzz dapat nie dari blog cik nisa...info yg berguna unuk di kongsi bersama..Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

8 comments:

ERSHAD said...

owh, tak sangka ada juga pokok hiasan yang bahaya mcm ni. Thank for info

s4m said...

hmm..btul ke ni? sbb hospital pn ade letak pokok nie kat dlm bangunan

mytrajet74 said...

Betul...pkk ni mmg beracun...ada kejadian yang budak mati kerana menggigit daun dia...ada 1 lagi serupa mcm ni tp pkk dia kcik sikit, daun warna kuning...jenis keladi gak!

hentakbelipat said...

wow..gilalah..ade je pokok ni kat umah..mmg lepas ni kelongkang pokok nih

Melati Qistyna's Mummy said...

aah betol tu, kt blog akk pown ade n3 ni, akk pown dpt dr blogger len gak :P
bahaya kannnn

http://melatiqistyna.blogspot.com/2010/07/pokok-beracunnn.html

akubiomed said...

Getah pokok ini memang beracun kalau dekat tempat saya pokok in banyak tumbuh liar didalam ladang sawit

aman_arab said...

anak aku dah terkena gak penangan pokok ni...dia tergigit sikit terus berbuih mulut budak tu..nasib la sikit ja tak sempat bengkak lidah dia..takut betoi aku..

ct N honey said...

saya linkkan entry ini di blog.tq

Post a Comment