My buzzzzing space

Tuesday, March 29, 2016

Kejayaan dunia dan bekalan ke sana


Ramai yang 'stress' dalam proses mencari kejayaan di dunia. Namun ada sebahagian yang LANGSUNG TIDAK 'STRESS' memikirkan persediaan untuk kematian & akhirat yang pasti.

Ramai yang tertekan dengan kerjaya & duit kurang di dunia, namun mereka tiada tertekan dengan kurangnya amalan soleh & pahala untuk membantu di akhirat dan tidak juga kelihatan BIMBANG akan dosa-dosa mereka terhadap orang lain dan Allah swt khususnya.

Dunia dan segala urusannya akan tidak lagi menyebabkan tekanan perasaan berlebihan apabila akhirat menjadi FOKUS dalam kerja2 di dunia. Itulah janji Allah "La khawfun 'alahim wa la hum yahzanun" (mereka tidak takut atau dukacita)

- Untuk muhasabah diri -


Saturday, March 26, 2016

Kelebihan dan Khasiat Madu Lebah

Ini adalah maklumat copy paste utk rujukan tuan empunya blog ini..
Kelebihan dan Khasiat Madu Lebah
Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings” daripada experiment yang dilakukan para saintis moden. Antara mukjizat al Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat MADU LEBAH.
Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”


Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.

Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:
1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);
2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);
4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);
5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)
6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales)
 MADU DAPAT MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT 
1. Mencegah pelbagai jenis penyakit seperti:
AsmaHaid tidak teraturResdungAlahanJerawatRambut gugurBarahLetih & LesuSakit kepalaBuasirLendir kahakSakit pinggangBatuk keringLemah jantungSakit sendiBatukSakit mataSukar tidurDarah tinggiPeningGastrik
2. Memiliki pelbagai jenis khasiat seperti: 
Menambahkan staminaMenjadi sumber tenagaMeningkatkan metabolisme tubuhMengandungi agen antioksidan yang tinggiMelancarkan peredaran darahMengurangkan kadar kolesterol dalam darahMelancarkan sistem pencernaanMeningkatkan semangat seksual / tenaga batinMengubati lukaMenjadikan kulit lebih licin dan halus
3. Rasanya sangat manis dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan dicampurkan dalam berbagai resipi masakan. Sangat digemari oleh kanak-kanak
4. Pengganti gula bagi pesakit diabetes

Madu dalam islam

Ini berdasarkan copy paste untuk rujukan tuan empunya blog ini

cara minum madu mengikut sunnah rasulullah s.a.w
1. Madu mesti dibancuh dengan air masak & dikacau ikut arah lawan jam (ikut arah tawaf)
2. Diminum 2 kali sehari iaitu sebelum tidur malam & sebaik minum pagi (sebelum gosok gigi)
3. Semasa minum hendaklah mengadap kiblat & duduk seperti tahiyat awal.
4. Sebelum minum baca bismillah
5. Kemudian bacalah doanya
6. Minum sedikit-sedikit sambil berkumur-kumur sebelum telan
7. Jgn mkn atau minum apa2 dlm tempoh 45 minit hingga 1jam selepas minum madu
8. Selepas minum madu sebelum tidur, bancuh secawan lagi, tudung & biarkn utk diminum waktu bgn tidur esok pagi (perlu dikacau sekali lagi sebelum minum)

 DOA MINUM MADU

" ya Allah, aku minum madu ini adalah keranaMu ya Allah & kerana hendak menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, berkat janjiMu di dlm al-Quran & berkat kekasihMu Muhammad s.a.w. sembuhkanlah penyakitku sama ada yg nyata atau yang tersembunyi. sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Amin"

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:  
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.” (Al-Nahl 16:68)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Al-Nahl 16:69)

Di dalam Al-Quran, Surah An-Nahl ayat 68-69, dengan terang menunjukkan bahawa hasil lebah dan manusia mempunyai kesinambungan yang tersendiri. Pastinya sesuatu yang dicipta oleh Allah itu sangat bermanfaat untuk manusia dan makhluk Nya yang lain.

Hadis Dan Ungkapan Kata-Kata Para Sahabat Dan Para Ulamak Mengenai Madu Lebah
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda ”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk
Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.”
Rasulullah s.a.w. meminum madu itu sebelum makan pagi yang dibantu dengan air. (air yang hendak digunakan untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah s.a.w.)Pada tiap-tiap pagi campurkanlah air ini dengan sesudu madu lalu diminum dengan membaca selawat ke atasnya sebanyak tiga kali.

Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Nikmat yang pertama-tama kali akan diangkat dari bumi ialah madu”( Dari Kita As-Bahan terjemahan oleh Ahmad Al-Hasan)
Abu Hurairah r.a. daripada Nabi Muahammad s.a.w. katanya: ” Semua serangga dalam api neraka Allah s.w.t. sebagai azab bagi penghuni neraka kecuali lebah” (Dinukilkan oleh At-Tarmizi dan Al-Hamim dari Kitab Nawadir Usul).
Al-Baihaqi dari Mujahid dari Umar r.a. yang didengarnya dari Nabi s.a.w.: “Perumpamaan orang mukmin adalah seperti lebah, jika kamu mendampinginya ia akan memberi manfaat kepada kamu dan jika kamu bermesyuarat dengannya ia akan memberi manfaat kepada kamu dan setiap hal ehwalnya akan memberi manfaat kapada kamu”. Begitulah juga setiap hal ehwal lebah itu mempunyai manfaat yang banyak.

Diriwayatkan daripada Ali k.w. bahawa beliau berkata ” Kehinaan untuk dunia, semulia-mulia pakaian manusia di dalam kehidupan dunia adalah dari air liur sejenis rongga (kain sutera dari ulat sutera) dam semulia-mulia minuman adalah apa yang keluar dari mulut lebah.”
Ibnu Juraih berkata,” Hendaklah kamu minum madu kerana sangat baik untuk menguatkan daya hafaz (ingatan).”

Ibnu Al_Asir berkata’ “Adapun diumpamakan orang mukmin itu dengan lebah lantaran kebijaksanaannya kurang memberi mudharat, usahanya di siang hari kegigihannya dan sentiasa menjauhkan diri dari sebarang kekotoran. Makanannya dari benda yang bai-baik dan sesungguhnya ia tidak makan dari benda hasi dari usaha orang lain. Ketaatanya kepada ketuanya tidak berbelah bagi”.

Dari Ibnu Abbas r.a Nabi s.a.w.:”Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga perkara i)Berbekam, 2)Minum Madu, 3) Bakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. (Hadis riwayat Bukhari).

Abdullah bin Umar telah menggunakan madu untuk mengubati luka (dengan cara disapukan di atas tempat luka) dan ternyata luka tersebut dapat sembuh dalam waktu yang singkat.

Dalam hadis yang lain disebutkan: “Hendaklah kamu menggunakan dua ubat iaitu madu dan Al-Quran. Madu untuk mengubat penyakit jasmani dan Al-Quran untuk menyembuh penyakit rohani”

Madu lebah juga merupakan sebahagian daripada mukjizat Nabi Allah Isa a.s dalam menyembuhkan penyakit sopak dan buta penglihatan.

Kehebatan madu sebagaimana disampaikan Al-Quran telah terbukti secara saintifik dan dibahaskan secara ilmiah di seluruh dunia.  
Pakar perubatan Islam banyak menulis mengenai madu.

Antaranya al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,”Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma’idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.

Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:”Madu berfungsi menyinkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada (termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk yang terjadi dari lendir.

Manakala Dr Rihab ‘Ukaiwy menyifatkan madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl (lebah)

Sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia.
Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.

Disini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.
Wallahu’alam….

Wednesday, March 23, 2016

Shortnote Kuliah

Assalamualaikum shortnote kuliah maghrib Ustaz Afis Ibrahim di Surau Kg Gong Sekolah,Wakaf Tengah | Selasa | 22.3.2016
Kitab Ayyuhal Walad(Nasihat ke 16)

1.Carilah guru yg mursyid wahai anakku yg tercinta agar perangai yg buruk itu terpias.Guru yg mursyid ini dia menunjukkan akhlak yg mulia,jalan yg betul.

2.Guru mursyid ini dia sentiasa menunjukkan akhlak yg mulia.Bukan dalam kuliah sahaja,malah di luar kuliah pun dia tunjuk jalan yg betul.Ni lah guru yg mursyid.

3.Budak2 zaman sekarang sudah takde adab dan sama juga dgn org tua takde adab jgk dgn budak2.Hal ini sebab tidak hadir ke majlis2 ilmu yg di ajar oleh ustaz2.

4.Kita ni jgn sombong lah dgn Allah taala.Atas dunia ni tak mari dah rumah Allah,ats dunia ni buleh lah mu nk rasa besar lalu depan masjid.tapi di akhirat nanti mu jawab lah di hadapan Allah sebab apa dulu mu sombong sngt sampai xsempat nk singgah rumah Allah.


5.Ulama' ni adalah pewaris para Nabi.Jadi kita kena ikutlah ulama2..Tapi hari ni org sudah tolak ulama,sudah hina ulama,kata ulama tidak boleh campur hal ekonomi.

6.Allah ada kata dah dalam quran org yg tidak solat ni akan masuk ke dalam neraka Saqar.Ni Quran takmboh guna pakai.

7.Kita datang rumah Allah malam ni Allah catat dah.Org yg tidak mari Allah catat jugak.Ni boleh pahala mari malam ni.Bukan mari sia2 ni.

8.Ulama kata nak mari rumah org tu tengok keadaan dulu.Sama ada tuan rumah tu sibuk ke.Kat nk zohor mari rumah org,tuan rumah nk solat zohor.Jadi kena tengok masa dulu.

9.Jgn kita mengaku ni kita ni guru mursyid.Ulama dia tak mengaku yg dia ni alim. Ada Ulama' besar dulu dia ni mengaku yg dia ni bodoh,dia tak mengaku yg dia ni alim.

10.Allah kata ke Nabi Muhammad aku beri ilmu kpd mu adalah sikit jer.Tu Nabi,ni kita hok cap ayam jer mengaku alim doh.berat nanang sungguh.

11.Siapa yg merendahkan diri dia ,maka Allah akan angkatkn dia.siapa yg rasa diri dia hebat,maka Allah akan rendahkan dia.

12.Sikap guru mursyid ini dia berpaling dari dunia dan pangkat.Jenis tidak mengejar dunia dan pangkat2 di dunia.Tapi sekarang ni sanggup nak ke pangkat biar tinggal agama.Sanggup menyembunyikan hukum2 Allah kerana takut dilucutkan jawatan.

13.Jangan berngaji lah dgn guru yg menyembunyikan kebenaran.Carilah guru yg menyatakan kebenaran.Ni baru guru mursyid.

14.Ulama kata belajarlah selagi ilmu itu tidak sesat,teruskan belajar.Jgn tunggu ustaz turun dari langit baru nak belajar.Lepastu bodoh sampai masuk lubang kubur.

15.Tokguru ni dia jenis makan tak banyak.Tokguru juga dia cakap tak banyak.Sedikit tidur,ni tokguru pukul 12 tengahari baru bangun,air liur setepek.tu bukan tokguru,tu tok garu.

16.Orang yg byk tidur ni dia fakir akhirat.sepatutnya dia boleh bangun dia boleh buat ibadat,boleh buat tahajjud.Tu lah kata fakir akhirat.Bangun lewat dah lepastu makan,buang air besar pulak.padan takde buat ibadat dah.

17.Kita buat ibadat ni jangan kabo ke oranglah.biar Allah je tahu,bila Allah nk buka aib kita byk ibadah ni sampai masa org akan tahu jugak.Bila kabo ke orang maka habis situ je pahala kita buat selama ni.Tu yg syaitan nak 

18.Sunnah nabi ni dia kuat bersedekah.dan guru mursyid ni kuat sedekah.Contohnya ajak anak murid belanja dkt kedai ke,ajak makan kt rumah ke.ni tokguru masa nak bayar buat berzikir sampai anak murid sokmo bayar.

19.Orang tua zaman dahulu bila ada org minta sedekah utk bust kebajikan bagi selalu.Kalau anak tak kejutkan drp tidur marah selalu.Tapi ayah lening pesan ke anak kabo ke org minta sedekah tu ayah tidur.kedekut punya org lening.

20.Sebab kita rasa berat nk sedekah kerana dihimpit dgn dosa banyak.dan tidak yakin dgn janji Allah.dan tak dapat lah syurga Allah,sebab tak yakin.Allah janji dh siapa yakin dgn Allah maka dia beroleh syurga.sebab kita infaq ni di jalan Allah.

21.Balasan sedekah ni bukan Allah balas selalu.Bukan Allah balas dgn duit selalu,mungkin allah balas dgn beri kita kesihatan,selamatkn keluarga kita dari bencana,Allah murahkan rezeki.Jgn lihat Allah balas dgn duit sahaja.

22.sifat Qanaah ni rasa cukup dh apa yg Allah beri.ni sifat molek yg perlu ada dalam diri kita.dulu naik basikal je tapi lening ada kereta doh.bersyukur lah kpd Allah biar ada kereta kecil pun.
Wallahua'lam,Semoga Bermanfaat.

Saturday, March 19, 2016

Realiti semasa gajet dan ibu bapa

Cerita sedih tapi ada kebenarannya dan memang berlaku. 

Seorang guru selepas selesai makan malam telah memeriksa homework yang dibuat oleh anak muridnya. Suami cikgu asyik dengan smart phone main game ‘Candy Crush Saga’.
Semasa membaca nota terakhir si isteri mula menangis tersedu sedu.
Si suami bertanya, ‘kenapa awak menangis sayang?
Apa yang terjadi?’
Isteri: ‘Semalam saya bagi tugasan utk anak murid saya untuk menulis karangan pendek atas tajuk -Apa cita - cita saya-.

’Suami: ‘OK, tapi kenapa sayang menangis ?
’Isteri : ‘Tadi semasa saya semak karangan terakhir, saya sangat sedih dan terus menangis .
’Suami dengan rasa hairan: ‘Apa yang di tulis sehingga  membuat awak menangis?
’Isteri: ‘Abang dengar’
Cita cita saya ingin menjadi talipon pintar.
Ibubapa saya sangat sayangkan talipon pintar mereka .
Mereka mengambil berat dan amat sayang sangat pada talipon pintar mereka sehingga kan mereka lupa pada saya. Bila ayah pulang dari kerja walaupun dalam keletihan, ayah masih ada masa untuk talipon pintarnya bukan untuk saya.

Walaupun ibubapa saya sibuk dengan kerja lain semasa di rumah dan bila talipon pintar mereka berdering, dengan hanya sekali deringan sahaja mereka akan cepat mencapai talipon, tapi tidak untuk saya...walaupun saya sedang menangis .

Ibubapa saya main games bersama talipon mereka tidak dengan saya. Waktu mereka sedang bercakap dengan seseorang melalui talipon pintar mereka, mereka tidak pernah dengar pada apa yang saya katakan walaupun perkara yang amat penting.

Jadi, Cita-cita saya ingin menjadi talipon pintar.
Selepas mendengar karangan tersebut Si suami pun turut bersedih dan bertanya  isterinya, ‘siapa yang menulis?’

Isteri: ‘ANAK KITA’.
Gadgets adalah keperluan dan  kemudahan buat kita bukan untuk merenggang dan mengabaikan tanggungjawab kita kepada keluarga dan orang yang disayangi.
Anak-anak melihat dan merasai apa yang berlaku disekeliling mereka. Ianya terpahat dalm minda mereka dan meninggalkan kesan yang berpanjangan. Bersamalah kita letakkan ketepi  smartphone kita apabila kita bersama dengan anak-anak dan mereka yang kita sayangi !

PERINGATAN BUAT DIRIKU KAUM KERABATKU DAN MEREKA YANG AKU SAYANG.

MERENUNG HIKMAH SAKIT

MERENUNG HIKMAH SAKIT

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmah dan rahsianya, antaranya:

1) Sakit itu Zikrullah.  Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu. 

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati, Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya  


15) Sakit itu tingkatan darjat. Apa saja jenis sakit termasuk stress, tekanan fikiran hatta tercucuk duri sekecil apa pun akan menjadi asbab seseorang ditingkatkan darjatnya disisi Allah.

*Kesemua hikmah ini akan diperolehi hakikatnya apabila sakit itu diterima dengan hati yang sabar dan redha tanpa hati mempertikaikan dan protes terhadap ketentuan Ilahi.
Wallahualam.