My buzzzzing space

Monday, October 27, 2014

Sinopsis Surah Al-Baqara

Assalamualaikum, saya kongsikan sinopsis ini berdasarkan kuliah agama (kuliah tafsir) yang saya dengari.

- Surah Al-Baqara adalah surahyang paling panjang di dalam Al-Quran.Ia merupakan surah yan awal diturunkan dan telah diturunkan di Madinah.

- Yang di dalamnya menangani persoalan-persoalan mengenai syariat, undang-undang dan perlembagaan yang diperlukan oleh orang islam dalam penghidupan bermasyarakat.

- Ia benyak menyentuh berkenaan hukum-hukum. Iaitu mengandungi ayata-ayat hukum.

- Dimulakan dalam surah ini adalah tentang sifat orang beriman, sifat orang kafir dan sifat orang munafik.

- Membandingkan orang yang bahagia dan orang yang sengsara.

- Kisah permulaan penciptaan makhluk. Di dalamnya juga terdapat kejutan-kejutan yang menunjukkan kemuliaan manusia itu sendiri.

-  Menyebut berkenaan ahli kitab khasnya bani Israel atau Yahudi. Orang islam diingatkan tentang kejahatan dan tipu daya mereka. Menceritakan dalaman mereka yang sangat buruk dan sangat gemar melakukan pengkhianatan. Penceritaan berkenaan Bani Israel ini adalah melebihi 1/3 dari surah ini.

- Menceritakan berkenaan pensyariatan (sebab pada masa itu, negara Islam baru hendak ditubuhkan iaitu Madinah), samada dalam bentuk ibadat atau muamalat. Sebagai contoh hukum puasa, haji, umrah, jihad fi sabilillah, hal ehwal kekeluargaan (penyusuan, iddah, nikah, cerai).

- Menceritakan juga tentang jenayah riba yang menjadi ancaman kepada sistem kemasyarakatan.

- Menceritakan tentang peringatan hari kiamat.

- Surah ini ditutup dengan gesaan bertaubat dan kembali kepada Allah dan doa-doa orang beriman.

- Pembukaan surah ini dengan huruf-huruf potong, iaitu huruf yang dibaca tidak bersambung. Ini adalah diantara perkara yang menunjukkan kemukjizatan Al-Quran.

- Jumhur ulama' tidak mentafsirkan Alif, Lam, Mim pada permulaan surah ini kera ia adalah
benda yang Allah simpan dalam ilmunya.


Wednesday, October 1, 2014

Terima Kasih Tuan

Umpama timun hendaknya 
Melanggar kami terluka 
Dilanggar kami cedera 

Tapi itulah nasib kami yang hina 
Tanpa elaun seperti menteri 
Makan bayar sendiri 
Kereta pandu sendiri 
Minyak isi sendiri 
Jalan sesak kami hadap setiap hari 

Mudah pula tuan berkata 
Jangan makan bila ayam naik harga 
Jangan minum manis bila naik harga gula 
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia 

Kami umpama kain basahan 
Tuan perah habis habisan 
Akhirnya kami kekeringan 
Merana kami tuan kesenangan 

Duit sejemput kami diperas hingga rabak 
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak 
Diusul kami tuan amuk sampai koyak 

Kami senyum lihat tuan makin menggalak 

Tak mengapalah tuan 
Kami terima segala ketentuan 

Cuma ingat pesan Tuhan 
Setiap perkara ada balasan 
Nasib tuan belum ketahuan 
Tuan jangan lupa Kami manusia biasa 

Sabar kami ada tahapnya 
Luka kecil boleh menjadi nanah juga 
Jangan sampai menjadi barah pula 

Cukuplah tuan menyeksa 
Cukuplah tuan buat kami merana 
Kuasa tuan dari kami 
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..
 

Wednesday, September 17, 2014

Berkat Masa bila Solat di Awal Waktu

RENUNGAN:

Pernah tak dengar orang cakap "Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", atau sendiri pernah rasa macam tu?

Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan.

Jadi bila org kata, "semoga dpt rezeki yg berkat", itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2. Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik.

Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah. Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal. 
If u want a job to be done, give it to a busy man..

Means:
Hanya org yg sibuk je pandai bahagi masanya dgn baik. Semoga hari ni berjalan dgn penuh berkat nya.Amin

the key point ..solatlah di awal waktu..& rest will be just perfect

Jalinan Silatulrahim

- Nabi bersabda, tidak akan masuk syurga orang-orang yg memutuskn silatulrahim

- Titian sirat ada 5 hentian yg berkait dgn Allah dan 1 hentian (hentian trakhir) yg brkait dgn hubungn di antara manusia. Dan di hentian  terakhir inilah ramai yg jatuh ke neraka.

- Kita kna bnyk bersabar, kalau org buat jahat kt kita, kita kna sabar.

- Rasulullah bersabda, barangsiapa yg hendak di bentangkn rezeki, dipanjangkan umur, maka jagalah silatulrahim.

- Nabi juga brkata, dalam hal nk hubungkn silatulrahin, paling kurng yg kita boleh buat adalah dgn memberikan salam.


Ingatan2 lain

- Orang yg mati trbakar atau mati jatuh dari tmpat yg tinggi adalah mati syahid.

- Kita selalu tidak menjwb salam yg d berikn oleh pmbaca berita, sdangkn kalau ia live kita mesti jwb salam tersebut. Ini antara prkara yg mnyebabkn kita slalu mndapt dosa tmpa kita sdari. Tp jika ia siarn ulangan, maka tk perlu lh kita jwb salam trsebut.

- Kalau org bukn islam bg salam, kita kna jwb stakat 'waalaikumussalam' shj. Tidak boleh lbih dr itu. Ini krn jwb salm dgn mnambah 'warahmatullah hi taala wabarokatuh' adalah doa yg d khususkn kpd org islam shj.
- Fatwa mengatakan bahawa syiah tidak kafir, tetapi tidak dibenarkn utk mengamalkannya..

Thursday, September 11, 2014

Bersedekah

Mana yang lebih baik dan lebih besarpahalanya ?
Jika ada dua orang datang ke rumah anda dan berhajatkan kepada sedikit daripada harta anda. Siapakah yang anda akan dahulukan untuk mendapatnya ?
1) Pengemis yang memohon sedekah
2) Sahabat yang ingin berhutang

PENCERAHAN :
Orang yang meminta sedekah biasanya akan meminta daripada semua orang yang ditemuinya, samada kenal atau tidak. Kalau dapat, dapatlah. Jika tak dapat, dia pergi kepada orang lain. Tetapi bila seseorang mahu meminjam atau berhutang dengan seseorang biasanya dia akan fikir dulu masak-masak dengan siapa dia boleh berhutang.

Biasanya orang ini akan hanya pergi berjumpa dengan orang yang dia rasa boleh memberi hutang itu. Orang yang berhutang ini biasanya sangat berhajat untuk menggunakan duit itu bagi membeli sesuatu keperluan atau melunaskan sesuatu bayaran. Dalam kata lain, orang tidak akan berhutang kalau tak desperate (terdesak)
"Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: “Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”. Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?” Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. 

 
Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.” (HR : Ibn Majah & Baihaqi).

"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah, bertambah... bertambah."
(HR : At-Tirmizi)

KREATIF BERSEDEKAH :

1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.

2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg memerlukannya.

3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.

4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk d sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.

5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.

6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.

7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...

8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.

9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.

Wednesday, September 10, 2014

Surah Al-Mulk (67), ayat 6-11



Bukan semua peristiwa di masa akan datang kita x tahu, ada yg kita dah tahu (sebab Allah dah beritahu dalam Al-Quran Al-Karim).

Antara peristiwa yang akan terjadi di masa akan datang ialah bicara antara penjaga Neraka Jahannam dengan penghuni2 yang terdiri daripada orang2 yg kufur kepada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T yg bermaksud :

Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"

Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

Sunday, September 7, 2014

Sifat Malu

Sifat malu menggesa kebaikan, menggesa hindar keburukan,Orang bertudung tak semestinya baik, Tapi nak jadi baik bukan kena pakai tudung tapi tutup aurat.Orang perempuan sekarang ditelanjangkan oleh suaminya, bapanya, mahramnya.. kerana tak menegur mereka..Pakai baju tapi telanjang.. org yang bertudung tidak semesti baik TAPI orang baik mesti bertudung (tutup aurat)

Malu itu ada beberapa bahagian.Kata ibnu hajar al haitami.
1.Malu nabi jaga air muka orang.. sahabat  berbual di majlis walimah tak balik2. Masa nabi kawin dengan zainab..dah makan balikla.. tapi sahabat berbual tak balik sampai turun ayat quran.

2. Malunya sang pencinta terhadap yg dicintai. Terserempak di luar malu tanpa sebab,sebab terjumpa yg dicintai.. tersipu2 malu.
3. Hayatul ubudiah. Malu dlm bentuk penyembahan. Malu seorang hamba. Bulan puasa bukan main semangat solat ibadah dll. Lepas syawal mula tak malu ke kita berubah kurang ibadah. Jadi tak tentu pasal malas.beribadah.. ditakuti kita ada sifat nifaq (munafiq) Kekurangan dlm ibadah..
4. Wahayati mar'i linafsi. Malu seseorang terhadap dirinya sendiri. Perasaan sesuatu yang tidak kena dan merasa malu yg meredai dirinya semua. Malu terhadap diri yg terus menerus dalam kekurangan. Seolah olah ada dua diri yg buat tak tahu sahaja. Buat dosa tak rasa salah, benda baik pahala tak rasa nak buat.diri yg diluar berada malu dengan diri didalam.

Yg ke4 Inilah malu yg paling sempurna Kerana orang yg malu terhadap diri sendiri berupaya malu dengan orang lain.Kalau dah tak ada malu buatlah apa yang kamu suka... hadith..

Saturday, September 6, 2014

30 Orang yang Pertama Dalam Islam

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
1. Orang yang pertama menulis Bismillah :Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam :Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan :Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :Sayyidatina Hajar
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah :Umar bin Al-Khattab
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam :Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :Al-Harith bin Abi Halah
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :Sumayyah binti Khabbat
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /lembaran :Abdullah bin Amru bin Al-Ash
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :Saad bin Abi Waqqas 
 16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan:Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :Ali bin Abi Tholib
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW :Tamim Ad-dary
19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah :Az-Zubair bin Al-Awwam
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW :Ibban bin Othman bin Affan
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :Khadijah bt Khuwailid.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:Ali bin Abi Tholib
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :Muawiyah bin Abi Sufyan
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam:Harun Ar-Rasyid
26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal :Umar Al-Khattab
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW :Ali bn Abi Tholib
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :Mus'ab bin Umair
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :Nabi Muhammad SAW.

Thursday, September 4, 2014

Tiupan Sangkekala yang ke-2

- Tajuk ini menghuraikan bagaimana dimaksudkan dengan tiupan sangkekala yang ke-2

- Apa yang dimaksudkan dengan sankekala
  (1) Suatu tanduk yang diciptakan dari cahaya (karnun)
  (2) Rupanya seperti serunai
  (3) Yang mempunyai suara yang bersuara ( seperti halalintar yang amat keras)
  (4)  Besar mulutnya (lubangnya) sama dengan 7 petala bumi dimana disitulah roh semua makhluk berada sebelum ianya ditiup. Apabila ditiup maka roh itu akan keluar dan mencari jasadnya.

- Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa bagaimana ia mahu bermewah-mewahan di dunia ini (sekadar yang patut sahaja/ bersederhana di dunia ini), kerana pada masa itu pun (iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w), sangkakala itu sudahpun berada di mulut malaikat (Isrofil), hanya menunggu izin dari Tuhan sahaja untuk ditiup.

-Sesungguhnya masa itu adalah pendek, oleh itu selalulah kita membaca "HasbunAllah wa nikmal wakil".

- Selepas sangkekala itu ditiup maka akan dihidupkan kembali manusia dari tulang punggungnya / tulang tungkik. Rujuk gambar di bawah (tail bone)

- Sebelum tiupan berlaku akan berlakunya hujan seperti mani lelaki, membasahi tanah dan selepas itu tumbuhlahjasad-jasad manusia seperti tumbuhnya tumbuh-tumbuhan selepas hujan. Tubuh itu akan tumbuh sempurna tetapi tampa adanya lagi roh. Roh akan masuk ke jasad masing-masing selepas tiupan sangkekala ke-2.

- Allah s.w.t menurunkan air hujan (yang dikatakan sebagai air kehidupan), maka hujanlah langit ke atas kamu selama 40 tahun (masa itu manusia dalam bentuk tulang punggung dan berada di dalam tanah). Dalam masa air turun selama 40 tahun itu maka jasad manusia pun terbentuk. Nabi berkata dalam 40 tahun yang hujan itu menyebabkan tenggelamnya tanah sedalam 12 hasta.

- Selepas itu Allah s.w.t berfirman kepada malaikat, hidupkalah malaikat.

- Kemudian datangkan roh-roh (Roh orang berimanakan bercahaya, manakal roh orang yang tidak beriman dalam keadaan kelam) kemudian masuklah roh itu ke dalam lubang sangkekala. kemudian malaikat Isrofil dititahkan agar sangkekala itu ditiup. Maka keluarlah roh itu berterbangan menghala mencari jasad-jasad tadi. (Allah s.w.t memerintahkan agar roh-roh pergi mencari jasad masing-masing)

- Roh akan menjunam masuk ke bumi. Masa itu jasad di dalam bumi sudah terbentuk, selepas turunnya hujan/ air kehidupan. Roh akan masuk melalui hidung dan selepas itu roh akan menjalar/ meresap ke seluruh badan.

- Selepas roh selesai meresap ke dalam jasad manusia, maka bumi akan berpecah untuk manusia bangkit. Rasulullah s.a.w akan bangkit sebagai orang pertama iaitu bangkit dari bumi.

- Selepas itu bangkitlah manusia, dalam keadaan muda seperti umur 33 tahun (umur pertengahan).

- Masa dibangkitkan, manusia semuanya satu saiz, saiz sama besar itu 60 hasta, iaitu saiz nabi Adam a.s.

- Bahasa yang dituturkan adalah bahasa suriani (bahasa kitab taurat).

- Bangkit dan terus ke padang Masyar

- Semua akan dihimpunkan, dari bayi yang gugur dalam kandungan sehingga manusia yang mati seperti biasa.

- Tersebut pada hadiths - hari yang ditukarkan buni kepada bumi hari itu yang mana ianya tidak sama dengan bumi pada hari ini.

- Bumi akan dihampar tampa bukit-bukau atau pokok-pokok, perlindungan yang ada hanyalah arahsy.


Wednesday, September 3, 2014

Kedudukan Solat Sunat

Kedudukan / ranking solat sunat ini adalah bagi solat sunat yang tidak berjemaah

(1) Ranking pertama adalah Solat Sunat Witir. Satu rokaat witir lebih afdhal dari dua rokaat tahajud dan dua rokaat solat sunat rowatib sebelum subuh.Bilangan rokaat bagi solat witir tidak boleh melebihi dari 11 rokaat.

(2) Ranking kedua adalah solat sunat  rowatib iaitu solat yang mengiringi solat fardhu. Bagi solat rowatib ini terdapat dua kategori iaitu yang munakahat dan ghairo munakahat. Yang munakahat ini tidak ditinggalkan oleh Rasulullah. Berikut adalah 10 rokaat solat sunat rowatib yang munakahat :
 
    (i)  2 rokaat sebelum solat subuh - yang paling afdhal  diantara kesemua solat sunat rowatib
    (ii) 2 rokaat sebelum solat zohor / jumaat
    (iii) 2 rokaat selepas solat zohor / jumaat
    (iv) 2 rokaat selepas solat maghrib
    (v)  2 rokaat selepas solat isy'a

solat sunat rowatib sebelum solat maghrib adalah ghairo munakahat

(3) Ranking kedua adalah solat sunat terawikh. Bilangan rokaat terawikh tidak boleh melebihi 20 rokaat, namun diperbolehkan untuk 36 rokaat di Madinah, tapi yang paling afdhal adalah 20 rokaat. Waktu solat terawikh adalah sesudah solat isy'a sehingga terbitnya fajar.

* Solat sunat lebih rowatib lebih afdhal dari solat sunat terawikh, namun dilihat pada masyarakat kita, solat terwaikh ini lebih diutamakan. Ini kerana masyarakat sendiri kurang faham, disebabkan ramai yang melihat dari perspektif suasana, namun tidak dilihat dari perspektif ilmu itu sendiri.

(4) Ranking keempat adalah solat sunat dhuha. Bilangan rokaat yang paling minimun adalah 2 rokaat dan tidak pula boleh bilangan rokaat dilebihkan sehingga 12 rokaat. Sesungguhnya dinyatakan bahawa 4 rokaat lebih baik dari 2 rokaat. Nabi bersabda jika dikerjakan solat sunat dhuha10 rokaat, nascaya pada hari tersebut tidak disuratkan dosa keatasnya. Jika dibuat 12 rokaat akan dibinakannya sebuah mahligai di syurga.


Tuesday, September 2, 2014

Empat Musuh Manusia / Islam

Musuh manusia / islam ada empat kesemuanya :

(1) Musuh pertama manusia / islam adalah syaitan dan iblis. Ini jelas dinyatakan dalam Surah Yassin. Syaitan ini akan masuk dalam tubuh manusia dan akan menghasut pemikiran manusia agar melakukan perkara-perkara mungkar.

(2) Musuh manusia / islam yang kedua adalah Nafsu. Ini jelas dinyatakan dalam Surah Yusuf, juzuk 13. Nafsu yang sentiasa berada di dalam diri manusia.


 (3) Musuh manusia / islam yang ketiga adalah kaum Yahudi dan Nasrani. Ini dinyatakan di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120.

(4) Musuh manusia / islam yang keempat adalah orang islam sendiri yang mana mereka terdiri dari golongan orang islam yang munafik.

Monday, April 14, 2014

Petua hilangkan Mengantuk di Pejabat

Buzz kongsikan disini petua hilangkan mengantuk di pejabat...petua di copy paste je nie...hehe

1. Bau-bauan – Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu – eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.
 
2. Urut – Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.
 
3. Cahaya – Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda  tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang. .