My buzzzzing space

Sunday, May 16, 2010

Kuku Panjang dan Kebenarannya

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Kebenarannya,

Tuesday, May 11, 2010

Madah Cinta ... Kata-kata Cinta ... Ungkapan Tinta



Cinta adalah perasaan hangat yang mampu membuat kita menyedari batapa berharganya kita dan adanya seseorang yang begitu berharga untuk kita lindungi.

Cinta tidaklah sebatas kata-kata saja, kerana cinta jauh lebih berharga daripada harta karun termahal di dunia pun. Saat seseorang memegang tangan mu dan menyatakan “aku cinta padamu…”pasti menjadi perasaan hangat yang istimewa. Kerana itu, saat kamu sudah menemukan seseorang yang begitu berharga buat kamu, jangan pernah lepaskan dia, peluk lah seeratnya di dalam dakapanmu..

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Tuesday, May 4, 2010

Lawak pendek versi 2

Morning sumer....buzz kongsikan lawak-lawak pendek di pagi hari buat korang sumer..ceriakan pagi ini dgn ketawa riang..agar permulaan hari bermula dengan kesegaran dan berakhir dgn keceriaan..




Wrong Colour

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.

Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?

Penerima : Oh, ini Mr. Black.

Penelefon :Oops Sorry, wrong color!





Ikut Jiran Sebelah

isteri: bang,sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita.

suami: ape halnya sampai awak sejuk?!

isteri: yela,tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga,kiss dan coklat.

suami: habis tu kenapa?

isteri: kenapa abang tak buat macam tu....?

suami: hish!!gila ker awak nie!!!?? mane saya kenal dia!!!!

isteri : *&#$%^&*%**%


Wednesday, April 28, 2010

Shichida Method - Didik anak cara Jepun

Buzz kongsikan maklumat yg diterima dr email....Banyak cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.


Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICHIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya.

Kelas SHICHIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICHIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya.

Buzz ade gk tengok2 dia nyer website, salah satu  yang buzz impressive sgt tngok dia nyer hasil..solution kat gambar tu dibuat oleh kanak2 Jepun yg berusia 2 tahun 6 bulan, setelah dia mengikuti method nie.

So..kiter leh la try praktikkan untuk anak2 kite....

Cara-cara nya adalah :

Tuesday, April 27, 2010

Nombor pendaftaran kenderaan terkini

Aloha....tadi sajer merewang rewang di alam maya, buzz masuk lah website JPJ a.k.a Jabatan Pengangkutan Jalan (juz wondering...camner dia org angkut jalan tu..huhu)..

sebenarnya risau gk nk masuk situ, kot 2dia org leh trace saper yg tak bayar saman. bila masuk jer akn kluar alert besau2 kt screen...........(memandangkan...emm..mm..paham2 la sndiri..huhu..maap yer pak JPJ)... aper la aku melalut nie..

back to de story, buzz jumpa la senarai nombor-nombor pendaftaran terkini..juz nk share ngn korang sumer jer...nie mmg sumber dr website dia org lah..kira nyer nombor tu as at 26 April 2010..ok, lets check it out...

Selangor - BKT 5049 (singkatan kpd bukit nie)

Beufort - SB 486 B (nie Special Branch punyer)

Keningau - SU 2430 B (sesuai utk ank bongsu dan setiusaha)

Perak - AHD 2709 (cam hari ahad lak)

Kota Kinabalu - SAB 6415 B (Inspektor SAB, meari bombay station hee..huhu)

Terengganu - TAY 3674 (Tganu ni cm ktinggaln skit, ramai warganya bli keta plat luar kot,trmsuk la buzz)

Monday, April 26, 2010

Lawak pendek versi 1

alohaa..buzz kongsikan ngan korang lawak-lawak pendek buat bacaan, tatapan, renungan dan ketawaan buat korang sumer..moga bleh release skit otak yg ngah serabut serabai tu..ahaks..

Siapa nie ??

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk..."


Kerja Rumah

Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.

GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?

ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah

GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?

ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.

Monday, April 12, 2010

Aksi Lucah 18 sx (video, gambar dan bacaan 18 tahun ke atas sahaja)